Jumaat, November 18, 2011

TAHNIAH ATLET2 MALAYSIA....KAMU KEBANGGAAN KAMI....

Malaysia melenyapkan ego Indonesia selepas mencatat kemenangan 1-0 untuk melangkah ke separuh akhir bola sepak selaku juara Kumpulan A.
Untuk babak seterusnya, Malaysia yang diwakili skuad Harimau Muda akan berdepan naib juara Kumpulan B, Myanmar pada 19 November ini.
Bertambah manis, kemenangan itu juga kali pertama dalam tempoh lapan tahun buat skuad negara di Stadium Gelora Bung Karno di samping mengekalkan rekod tanpa kalah setakat ini.
Biarpun laungan Maling! Maling! (pencuri) mengiringi persembahan Malaysia pada awal perlawanan, anak-anak buah Ong Kim Swee tenang mengawal permainan sebelum Syahrul Azwari muncul wira negara apabila menjadi penjaring gol tunggal negara.
Berpunca daripada hantaran tinggi Mahalli Jasuli pada minit ke-17, Syahrul berjaya melepasi kawalan bek tuan rumah sebelum tenang melepaskan rembatan leret melepasi jangkauan penjaga gol Indonesia, Andritany Ardhiyasa.
Malaysia sebenarnya berpeluang menambah gol kedua beberapa minit kemudian melalui tandukan bek kiri, Asraruddin Putra Omar berpunca daripada situasi sepakan penjuru, namun palang menjadi penyelamat Indonesia.
Walaupun terpaksa bermain tanpa arahan Kim Swee yang diarah keluar padang pada 20 minit terakhir perlawanan, ia tidak mematahkan semangat juang pemain negara yang bertahan bermatian-matian.
Sementara itu, rasa sakit hati rakyat Malaysia akibat provokasi buruk yang dilakukan penyokong Indonesia sepanjang Sukan SEA XXVI, sedikit terubat semalam, berterima kasih kepada adik Aaliyah Yoong Hanifah yang mencipta nama sebagai juara termuda dalam sejarah Sukan SEA pada usia 8 tahun dengan meraih emas ski air tricks wanita.
Hampir di semua venue, baik di Palembang atau Jakarta, penonton melaungkan perkataan ‘maling’ yang membawa maksud pencuri, malah insiden keji berlaku di kolam renang apabila jalur pada Jalur Gemilang dikurangkan pada upacara menaikkan bendera acara terjun kelmarin. Lagu Negaraku pula diejek oleh hampir 90,000 penonton di Gelora Bung Karno sebelum aksi bola sepak semalam.
Pelbagai serangan psikologi yang dilancarkan penyokong tuan rumah ke atas atlet, jurulatih, pegawai, penyokong, malah wartawan Malaysia langsung tidak memberi kesan.
Keseronokan juara remaja Asia, Aaliah yang juga adik kepada bekas pemandu Formula Satu, Alex Yoong itu memberikan emas selepas mencatat 2,960 mata, mengatasi Promsunitsit Sareeya dari Thailand. Kakaknya, Philippa Yoong meraih gangsa dengan 1,860 mata.
Bukan Aaliyah saja membanggakan bapa mereka, Hanifah Yoong Abdullah, malah Phillipa turut mengharumkan nama keluarga dengan merangkul emas slalom wanita, manakala Alex meraih sebutir perak.
Keseluruhannya, sembilan emas, 10 perak dan 11 gangsa dikutip Malaysia pada hari ketujuh. Renang menambah sebutir emas menerusi Christina Koh dalam 50 meter kuak dada wanita, namun kejutan hadir menerusi atlet yang kurang diberi perhatian, Heidi Gan apabila menjuarai saingan renang perairan terbuka.
Silat yang menjadi mangsa pengadilan buruk wasit sejak hari pertama pertandingan, akhirnya mengutip tiga emas manakala memanah dan boling menokok satu emas.
Seperti geram dengan layanan buruk yang diterima rakan-rakannya, Ahmad Shahril Zailudin melepaskan perasaan menerusi persembahan hebat membenam peserta tuan rumah, Sapto Purnomo 5-0 dalam kelas Putera D 60-65kg. Emas kedua silat hadir daripada Mohd. Al Jufferi Jamari (Putera E 65-70kg), manakala Mohd. Fauzi Khalid melengkapkan emas ketiga dalam Putera F 70-75kg.
Di Anchol Jaya, Jakarta, boling menepati sasaran tiga emas yang ditetapkan apabila menambah sebutir lagi menerusi trio lelaki. Malah, pasukan negara menguasai kedudukan 1-2 apabila kombinasi Adrian Ang, Alex Liew dan Zulmazran Zulkifli mengalahkan rakan sepasukan, Aaron Kong, Muhammad Syafiq Ridhwan Abdul Malik dan Muhd. Nur Aiman Khairuddin.
Memanah juga meneruskan dominasi recurve lelaki. Selepas merangkul emas dan perak individu kelmarin, Malaysia mempertahankan emas berpasukan pula menerusi juara individu, Cheng Chu Sian, Khairul Anuar Mohamed dan Haziq Kamaruddin.








HARIMAU MUDA KE SEPARUH AKHIR

Malaysia melenyapkan ego Indonesia selepas mencatat kemenangan 1-0 untuk melangkah ke separuh akhir bola sepak selaku juara Kumpulan A.
Untuk babak seterusnya, Malaysia yang diwakili skuad Harimau Muda akan berdepan naib juara Kumpulan B, Myanmar pada 19 November ini.
Bertambah manis, kemenangan itu juga kali pertama dalam tempoh lapan tahun buat skuad negara di Stadium Gelora Bung Karno di samping mengekalkan rekod tanpa kalah setakat ini.


Khamis, November 17, 2011

GARUDA DIBAHAM HARIMAU MUDA

TAHNIAH Khas buat skuad HARIMAU MUDA MALAYSIA coz berjaya mematahkan setiap cubaan 
Sang Garuda dalam semi-finale Bola Sepak  Sukan Sea 2011 di Stadium Gelora Bung 
Karno. Gol dijaringkan oleh Syahrul Azwari Ibrahim. Setiap saat yg mendebarkan namun Malaysia dapat bertahan. Tahniah buat penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat yg berjaya mengatasi segala cubaan dr Indonesia.....Syabas buat pemain2 Harimau Muda atas usaha yg ditonjolkan dan sikap x mudah mengalah demi mengharumkan nama negara dan maruah negara....TAHNIAH BUAT SEMUA.....



Jumaat, Oktober 28, 2011

Kenape


Dugaan untuk aku...kerja yg dah bertimbun di apply masih x ade jawapan....Susah tol..... Bile la aku nak bekerja semula......rindu waktu zaman masih bekerja dulu...always busy n dpt lupe segala masalah.....itu pun kalau ade masalah la....kan....Ya Allah kau permudahkan lah segala urusan ku ...agar dapat ku kembali semula bekerja n x lagi menyusahkan keluarga.....

Sabtu, Oktober 22, 2011

TEWAS LAGI



Selangor tewas lagi di tangan Sang Penyu.....Gergasi Merah nampaknya kurang garang tahun 2011.... Nampaknya tiada Piala yang dapat digenggam Merah Kuning untuk musim 2011 ini. TETAPI tunggu tahun 2012 GERGASI MERAH AKAN MENGGEGAR SEMULA bersama pemain yang mungkin masih yang sama atau mungkin mengalami perubahan dan juga formasi dan strategi yang baru.......Kami Para Penyokong akan tetap menyokong Merah Kuning dan akan sentiasa mendoakan kejayaan kalian.....Go Selangor Go.....VIVA SELANGOR.......

Rabu, Oktober 19, 2011

FAMILI VACATION

Seronok sgt family vacation  last week... semua ahli keluarga dapat berkumpul dan happy je.....mcm2 aktivity.....



























WHAT HAPPEND


Dah down balik ke Selangor ni......?....Hr tu ok je game smlm dah balik ke asal.....cam dah x konsisten lg....come on selangor make sure Piala Malaysia dalam genggaman.....We as supporters will always support all of u...Strive for success....gotta win next match....come onnn...viva Selangor....Capai Misi 33.....

Isnin, Oktober 03, 2011

Ape nak jadi ni.....Demi utk mengaburi mate umat islam...ade yg sanggup buat cam kat gambar ni.....dijual dan yg x tau terbeli n gantung kat rumah sedangkan ini adalah dr bible....umat islam yg menyedari atau yg dah terbeli tlg2 buat ape yg patut

Sabtu, Oktober 01, 2011

Bukan Rezeki Selangor

Tahniah dan Syabas utk pemain selangor yg dah usaha bersungguh2 utk memberikan yg terbaik..... Sudah ada setiap yg menang pasti ada yg kalah dan yg kalah itu bkn tidak bertanding cuma bkn rezeki mereka utk menang....Namun begitu Pemain2 Selangor telah berusaha bersungguh2 utk memberikan yg terbaik dan pastinya mengharapkan kemenangan berpihak kepada mereka. Yg menyalahkan sesiapa diatas kesalahan.....mereka dah usaha menghalang cuma benda dah nak berlaku...semua atas kuasanya......jgn menyalahkan mereka....Sy bangga dengan pemain2 Selangor atas usaha mereka yg tidak terbatas.....TAHNIAH SELANGOR KU......THN DEPAN MASIH ADA......BERSEDIA LAH PADA MASA ITU...BANGKIT KEMBALI.....AKU BANGGA SBG ANAK SELANGOR.....USAHA...USAHA.....USAHA.....

SELANGOR TEWAS

Selangor tewas di tangan Singapura dan memadamkan hasrat utk merampas kembali Piala Sultan Selangor utk thn ini. Gol yg dibiaskan oleh salah seorang pemain Selangor memadamkan hasrat Selangor utk merangkul kembali piala itu. Mungkin masih bukan lagi rezeki Selangor utk meletakkan semula Piala Sultan Selangor didalam tangan mereka



Isnin, September 05, 2011

Seminggu Syawal Berlalu

Diam x diam dah seminggu syawal berlalu.......
x de yg istimewa pun yg berlaku thn ni....
cume dpt gak lps rindu kat adik2 yg tgh blajar jauh

Selasa, Ogos 23, 2011

RAMADHAN KIAN PERGI, SYAWAL SEMAKIN HAMPIRI



Diam x diam....bulan puasa semakin sampai ke penghujungnya....manakala Syawal semakin tiba..... kejap rasenye berpuase thn ni....x sabar tunggu Ramadhan thn depan.....byk lg x buat ni.....x de mood...adik2 ku ble la nak balik...rindu sgt pd kalian......

3E BOOSTER FUEL ADDITIVE & OIL TREATMENT

PRIHATIN PADA KENDERAAN ANDA?
INGIN PERJALANAN PULANG KE KAMPUNG BERJALAN LANCAR?
KAMI WARGA 3E BOOSTER INGIN MEMPERKENALKAN PENGGUNAAN 3E BOOSTER PADA KENDERAAN ANDA....

3E BOOSTER FUEL ADDITIVE & OIL TREATMENT

1.Menjimatkan Petrol/Diesel 30-45%
2.Meningkatkan kuasa enjin 10-15HP
3. Enjin lebih senyap
4. Minyak pelincir tidak terbakar
5. Memanjangkan jangka hayat palam pencucuh
6. Membersihkan sisa karbon dalam enjin
7. Membersih dan meningkatkan prestasi injector & fuel pump
8. Enjin mudah dihidupkan
9. Melindungi injap dan piston semasa pembakaran
10. Mempunyai system anti karat semulajadi (biosawit)
11. Enjin tahan lebih lama
12. Mengelakkan tangki minyak dari mudah meletup jika berlaku kemalangan
13. Pembebasan karbon dioksida menurun sehingga 85%
14. Tiada kesan sampingan dan disahkan oleh QAS Sirim Berhad

Berita baik bagi pengguna kereta Turbo & kereta yang tidak boleh
menggunakan RON95
* RON95 + 3E BOOSTER ANDA AKAN MENDAPAT SAMA SEPERTI RON99
* Minyak ini telah terbukti kepada pelbagai kenderaan

JIMAT kan???
Apa tunggu lagi? ( HUBUNGI FATIN 019-3432383)
jgn tunggu esok...!
order hari ini...
nikmati hasilnya....
Anda pasti puas hati....

3E BOOSTER FUEL ADDITIVE & SAVERS

PRIHATIN PADA KENDERAAN ANDA?
INGIN PERJALANAN PULANG KE KAMPUNG BERJALAN LANCAR?
MEMPERKENALKAN....
3E BOOSTER FUEL ADDITIVE & OIL TREATMENT

Berita baik bagi pengguna kereta Turbo & kereta yang tidak boleh
menggunakan RON95

* RON95 + 3E BOOSTER ANDA AKAN MENDAPAT SAMA SEPERTI RON99
* Minyak ini telah terbukti kepada pelbagai kenderaan
Apa tunggu lagi? ( HUBUNGI FATIN 019-3432383)
RM16.00 (PER BOTTLE)

Sabtu, Julai 02, 2011

NEW ERA.....: ape yg aku rase....selepas semalam....

NEW ERA.....: ape yg aku rase....selepas semalam....

ape yg aku rase....selepas semalam....

Semalam,hari ini, esok n akan datang...what gonna be happend???? ape yg bakal dan akan berlaku.......aku terfikir sendiri...ape nak jadi ni.......Ya Allah....tuhan yg maha esa...bantulah hamba mu ini.....tunjukkan lah jalan kepada kami n kepada yg berkenaan.......perbaikilah nasib kami Ya Allah..tuhan ku yg satu.......berikan lah cara untuk mengubah keadaan ini Ya Allah.......permudahkan lah hidup kami Ya Allah........hanya pada mu tempat ku mengadu nasib diri ini yang masih terumbang ambing dlam ombak rahmat mu Ya Allah.....selamatkan lah aku.....

Jumaat, Julai 01, 2011

Sedih.....

Sedih sangat hari ni...tamatlah sudah semuanya......kenapa la jd cam ni.......susah gak keje skrng ni...ble x de duit ape pun x boleh.....last2 kami jd mangsa keadaan.....kerajaan x de duit??????? betul ke?......... skrng ni kontrak pun dah x leh sambung coz x de duit...pe nak jadi ni....kpd teman terbaik ku sabar ye......n 4 my cc....be patient...wait for us.....

Khamis, Jun 30, 2011

GERAM.....GERAM...GERAM....

Kembali lg bersama sy.....
Geram sangat hari ni....bile x perlu kita...x nampak pun walau depan mata......bila dah perlu sangat2...kat seberang laut pun pun macam kat depan hidung.....memang bengang tol hari ni...kalau akau rase x hormat kan org tu mau berlagu2 kau bagi...x pe...sabar tu separuh drpd iman........

Sabtu, Jun 25, 2011

NEW THING

I WANT TO PROMOTE ONE PRODUCT......COMING SOON.....WAIT.....

JUARA MAHARAJA LAWAK

YA....SEPERTI YG TELAH AKU JANGKA...HABIS MADU SEPAH TAK HABIS-HABIS LAGI...... SEPAH MENJADI JUARA MAHARAJA LAWAK 2011. TANGGAL 24/6/2011 SEPAH TELAH DINOBATKAN SEBAGAI JUARA MAHARAJA LAWAK UNTUK MUSIM INI...TAHNIAH....