Jumaat, Januari 20, 2012

DARINYA KITA DATANG, KEPADANYA JUA KITA KEMBALI

Penyanyi Izwan Pilus Meninggal Dunia

Dunia hiburan pada Jumaat telah dikejutkan dengan kematian penyanyi popular Izwan Pilus,  


dipercayai akibat  jangkitan kuman pada paru-paru.Izwan, 32, dilaporkan meninggal dunia di 


Hospital Ampang  dekat sini beberapa jam selepas dimasukkan ke wad. Pengurusnya, Shaiful


 Shazwan yang dihubungi mStar  Online di sini mengesahkan berita sedih ini.Katanya, Izwan 


meninggal dunia kira-kira pukul 6.15 petang. Allahyarham yang popular dengan lagu 


Kembali Senyum telah dimasukkan ke hospital  tersebut pada pagi Jumaat selepas mengadu 


sesak nafas dan keadaannya semakin kritikal menjelang petang.
“Allahyarham sempat bercakap dengan saya pagi tadi (Jumaat)  

dan dia kata dia sihat.  Tidak sangka pula lain yang

berlaku. Saya amat sedih,” kata Shaiful lagi.
Jenazah Allahyarham dijangka dibawa pulang ke kampungnya di 


Jalan Taman Nyalas 2, Taman Nyalas  Permai, Jasin, 


Melaka untuk dikebumikan. Pada awal Disember lalu, Allahyarham 


bersama adiknya, penyanyi Aril yang finalis Akademi  Fantasia 7,


Pernah dimasukkan ke Pusat Rawatan Islam dekat sini akibat demam


 panas yang  berpanjangan-mstarOnline

Read more: http://www.enciknakal.com/2012/01/penyanyi-izwan-pilus-meninggal-dunia.html#ixzz1k0qPviQl


Izwan Pilus dikatakan meninggal disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru atau pada darahnya (salah satu).Berita pemergian beliau disampaikan oleh adiknya, Aril AF melalui Twitternya;









Disini saya tampalkan update dari laman BeautifulNara;
Update 1: Di bawah ialah tweet terakhir daripada Allahyarham.









Update 2: Daripada beberapa sumber, punca kematian Allahyarham ialah jangkitan kuman pada paru-paru atau jangkitan kuman pada darah (salah satu daripadanya). Nanti akan diupdate lagi untuk kesahihan sepenuhnya.
Update 3: Allahyarham meninggal dunia di Hospital Ampang.
Update 4: Jenazah Allahyarham dijangka di bawa pulang ke kampungnya di Jalan Taman Nyalas 2, Taman Nyalas Permai, Jasin, Melaka untuk dikebumikan.
Update 5: Pada awal Disember lalu, Allahyarham dan adiknya (Aril AF) pernah dimasukkan ke hospital kerana demam panas berpanjangan
Update 6: Gambar di bawah dikatakan gambar terakhir Allahyarham. Sejuk mata memandang.









Apa-apa pun, sedekahkan Al-Fatihah dan doakan agar rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman. Amin...
P/S : Takziah diucapkan kepada keluarga arwah.Semoga ditempatkan dikalangan orang-orang soleh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan