Ahad, Oktober 17, 2010

NOW WHAT?

Now what gonna wrong?

SEKALI LAGI

   Skuad Selangor hampa lagi. Piala Sultan Selangor tidak dapat dijulang.Mungkin kepenatan masih tidak hilang tetapi harus menenpuhi satu lagi perlawanan. Seharusnya pemain direhatkan sekurang-kurangnya untuk satu hari sebelum menempuhi perlawanan yang akan datang atau setidak2nya, pemain simpanan yg tidak bermain ketika perlawanan pada hari jumaat harus diturunkan untuk perlawanan semalan.
  
   Saya percaya yang Selangor mempunyai barisan para pemain yang tidak kurang hebatnya cuma kurang diberi peluang untuk turun ke padang. Mungkin pendapat saya berbeza dengan pendapat jurulatih yang lebih berpengalaman. Tetapi sekurang2nya beri mereka peluang untuk turut bermain didalam perlawanan yang agak penting didalam liga dan tidak hanya bergantung kepada para pemain yang berada didalam kesebelasan utama sahaja. Ini cuma pendapat dan bukan untuk mengkritik. Hanya Jauhari yang mengenal Manikam.

   Walau apa pun Tahniah kepada Skuad Gergasi Merah Kuning kerana tetap bermain dengan bersungguh2 walaupun tidak berjaya mengatasi pasukan Pilihan Singapura semalam. Semoga 2011 memberi lebih Kejayaan kepada Selangor. Kepada para Penyokong Merah Kuning, teruskan kesetiaan anda menyokong Red Giant, naik dan turun bersama2 kerana disebalik kejayaan Selangor, sebahagian daripadanya adalah kerana sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada penyokong The Red Giant. VIVA SELANGOR.

Sabtu, Oktober 16, 2010

BUKAN REZEKI KITA

  TAHNIAH KEPADA SKUAD SELANGOR DIATAS USAHA YANG DIBERIKAN. NAMUN MUNGKIN REZEKI SKUAD KEBANGGAAN PENYOKONG SELANGOR INI TIDAK BERPIHAK KEPADA MEREKA. WALAU BAGAIMANA PUN, PIALA SUMBANGSIH DAN PIALA LIGA SUPER SUDAH MENJADI MILIK SELANGOR. BANYAK USAHA DAN PENGORBANAN YANG DILAKUKAN DEMI UNTUK MERAIH KEMENANGAN. KESAKITAN YANG DITANGGUNG PEMAIN DEMI UNTUK MEMASTIKAN SETIAP KEMENANGAN DIDALAM GENGGAMAN SKUAD GERGASI MERAH KUNING INI.

  KEPADA PENYOKONG RED GIANT, TERUSLAH MEMBERI SOKONGAN PADU KEPADA SELANGOR. JATUH DAN BANGUN BERSAMA2 SELANGOR. JANGAN MENANG DIPUJI, KALAH DIKEJI. BUKAN NAK PERLI TAPI ITULAH YANG SELALUNYA TERJADI KEPADA SEGELINTIR PENYOKONG. TAHUKAH ANDA BAHAWA REZEKI ITU DATANGNYA DARI ALLAH. JIKA ALLAH KATA BUKAN UNTUK SELANGOR TAHUN INI BERMAKA BUKANLAH JUGAK.

  KEPADA SKUAD SELANGOR, TERUSKAN USAHA DAN BAKTI ANDA. KAMI PARA PENYOKONG SENTIASA BERSAMA KALIAN. DOA KAMI SENTIASA MENGIRINGI SKUAD SELANGOR. BERUSAHALAH SEHINGGA KEAKHIRNYA....