Isnin, November 21, 2011

HARIMAU MUDA MALAYSIA









HAIMAU MALAYA

Hajat hati menjadi pahlawan,
Menabur bakti membuat jasa,
Nyawa sanggup kami taruhkan,
Demi untukmu Malaysia tercinta....

Jangan siakan setiap peluang,
Azimat diberi nasihat dipesan,
Pantang undur sebelum berjuang,
Rimau amuk habis2an...

Singa tempang gajah merana,
Dibaham oleh Rimau puaka,
Malaysia menang terus juara,
indon nie sial kalah padan muka!!!!!!!!!!!!

Berdebar-debar

Berdebar2 hati...Malaysia Pasti Juara


DOA KAMI BUAT HARIMAU MUDA MALAYSIA

"Ya Allah, Engkau berikanlah kekuatan iman, fizikal dan mental kepada pejuang-pejuang pemain bola sepak Malaysia dalam mengharungi perlawanan akhir bolasepak pada malam ini, Engkau lindungi keselamatan dan kesihatan mereka daripada sebarang perbuatan khianat manusia, jin atau syaitan. Engkau berilah kami negara Malaysia kemenangan dalam mempertabatkan sukan bola sepak negara kami yang tercinta serta dalam mempertahankan pingkat emas sukan Sea ini. Engkau berikanlah pemain-pemain Malaysia kekuatan semangat dan kecergasan dalam berjuang sehingga akhir tamat tempoh permainan. Engkau berikanlah mereka petunjuk dalam memperoleh kemenangan… Ya Allah, Engkau makbulkanlah doa kami…sesungguhnya hanya kepada Mu hambanya memohon pertolongan… Amin..Amin.. Ya Rabbal Alamin" - Menang atau kalah adalah ketentuan, namun kejayaan yang datang dari seluruh penyokong-penyokong bolasepak adalah kejayaan yang dapat di kongsi oleh semua.



SELAMANYA HARIMAU MALAYA

Mengaum lapar sang SINGA UTARA,
sang KENARI terbang membelah awan
gagah SELADANG ibarat badang,
laju HARIMAU KUMBANG ibarat pejuang,
dahaga THE RED WARRIORS kerana darah,
tangisan PENYU kerana maruah,
GERGASI MERAH marah membara,
tanduk sang RUSA kerana perkasa,
bisa Si JENGKING bukan kepalang,
lincah HANG TUAH si pahlwan bangsa ,
tenang-tenang Si BUJANG SENANG,
amuk TOK GAJAH kalau di usik,
lalu sang BADAK gerun melanda,
kerana HARIMAU MALAYA mereka turutkan, TERUSKAN AMUKAN HARIMAU!!!!!!!!



Peteh Malaysia Peteh - Ganu
Gomo Malaysia Gomo - Klate
Enjut Malaysia Enjut - Johor
Hobin Malaysia Hobin - N9
Kejor Malaysia Kejor - Perak
Haria Malaysia Hari - Penang
Pulun Malaysia Pulun - Kedah
Encang Malaysia Encang - Sarawak
Malaysia Tatap - Sabah
Ligan Malaysia Ligan - Perlis
Gegau Malaysia Gegau - Melaka
Viva Malaysia - Selangor
City Boys Malaysia - Kuala Lumpur
Ghempuh Malaysia Ghempuh - Pahang

BERSATU untuk MALAYSIA, kami DOAKAN PASUKAN MALAYSIA Berjaya malam Ini!!