Jumaat, Ogos 17, 2012


Udara dingin hening pagi
Tabuh bising mulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri


Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba shaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia


Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan


Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan


Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah


Saidina Affan menyusun kata
Tutur peri yang aulia
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia


Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin


Ahad, Ogos 05, 2012

AKHIRNYA HARI ITU TIBA JUA...

Semalam, tanggal 03.08.2012(Jumaat) hari akhir aku mengajar di SKUYL. Aku ingatkan nak pergi dalam senyap je tapi sebaliknya berlaku. Aku diminta memberikan ucapan selamat tinggal buat semua murid-murid diSKUYL. Mula2 tu okey tapi lama2 bila tengok wajah2 anak2 didik ku....hati mula sebak dan x dapat lagi aku tahan air mata ni lalu jatuh juga. Macam malu pun ada bila berucap sambil nangis tp itu hakikat luahan hati aku yang berat untuk meninggalkan mereka namun dan memang ditakdirkan begitu, setiap pertemuan pasti akan berakhir dengan perpisahan. Pihak sekolah memberikan aku cendera mata tanda terima kasih berupa sepasang kain, jam besar dan pin baju. Ada juga murid aku yg bagi hadiah utk aku. Aku rasa dihargai.Aku renung setiap wajah2 anak2 didik ku agar aku tidak terlalu merindui mereka nanti. Bila aku masuk kekelas, keadaan bukan seperti biasa, wajah mendung disetiap anak2 didik ku. Aku tahu mereka sedih tapi aku macam biasa.....aku tinggalkan pesanan dan nasihat buat mereka. Diakhir kelas, aku memberikan mereka duit raya. Semoga kenangan ini akan kekal dalam memori diari hidupku.... Sekolah paling mencabar buat aku but at the end....aku rindukan mereka, buat anak2 didik ku, kakak2 dan abang2...terima kasih atas segalanya....Miss u all....