Selasa, November 22, 2011

CABARAN BERTEMU SYRIA

Belum pun hilang penat menumpaskan Garuda....satu lagi perlawanan akan dihadapi oleh Skuad Harimau Muda Malaysia yg akan turun utk sesi kelayakan olimpik menentang Syria. Perlawanan akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari Rabu 23/11/11. Semoga Malaysia akan mengulangi semula kejayaan mereka ketika menentang Indonesia pada Sukan Sea yg lepas. Mari semua rakyat Malaysia, kita bersama2 berdoa agar kejayaan lagi sekali menjadi milik kita....Amin...




HARIMAU MUDA MALAYSIA JUARA

TAHNIAH HARIMAU MUDA! KREDIT KEPADA KHAIRUL FAHMI DI ATAS KEJAYAAN MENYELAMAT KAN BEBERAPA KEADAAN MENCEMASKAN SEBENTAR TADI. KITA SUDAH MEMBUKTIKKAN BAHAWA KITA LAH JUARA ASIA TENGGARA SELAMA BERTAHUN! TAHNIAH ONG KIM SWEE TAHNIAH HARIMAU MUDA! AUUMM! GO TIGER GO TIGER!


MEREKALAH PEJUANG NEGARA, MEREKALAH WIRA NEGARA, MEREKA TELAH BERJUANG BERMATIAN-MATIAN, AKHIRNYA EMAS MILIK KITA....SELAMANYA HARIMAU MALAYA!!!


Terima kasih 3x atas DOA semua rakyat Malaysia kepada pasukan Harimau Malaya tadi dalam tempoh 120 minit permainan + penalti!! Doa kalian semua telah dimakbulkan oleh Yang Maha Esa kerana kita dianayai sebenarnya.


Tahniah 3x kerana anda merupakan penyokong yang bertamadun dan tahu menjaga maruah negara dan bukannya seperti orang yang tidak bertamadun dengan mengakui mereka begitu cintakan tanah air dan sanggup mempertahankannya dengan berperang sedangkan hakikatnya ketika LAGU KEBANGSAAN mereka dimainkan bunyian Vuvuzela turut kedengaran. Ibarat menconteng arang ke muka. Biarkan mereka dengan tidak ketahuannya.


100% anak jati,
manakan sama dengan si papua genui,
gembira sungguh malam ini,
pingat emas milik kami.


Ong kim swee coach kami,
otaknya penuh pelbagai strategi,
malam ini telah terbukti,
tumbangnya garuda yg x da gigi.

Game semi final dihalau refferei,
terpaksa duduk di tempat tinggi,
naseb baek ada walkie talki,
memberi arahan mgunakan teknologi.

Game penentuan menerusi penalti,
fakri tendang berdebarnya hati,
dap dip dup di dalam diri,
akhirnya garuda jgak yg mati.

Stadium bung karno menjadi saksi,
Kebangkitan Anak harimau bru tumbuh gigi,
kebangkitannya kami puji,
kemenangan malaysia kami rai.

Baracuda pernah kami naiki,
melalui pelbagai ranjau yg berduri,
Penuh dngan pelbagai provokasi,
akhirnya makan diri sendiri.

Aummmmmmmmmmmmmmmmmm!!!
Aummmmmmmmmmmmmmmmmm!!



Penalti yang paling mencemaskan pernah disaksikan seluruh rakyat jelata. Satu ketika, kelihatan pingat Emas sudah terlepas dari genggaman selepas bola diselamatkan penjagal gol Indonesia, yang menyebabkan kita semua teringat bagaimana penalti lemah Fakri beberapa minit sebelum itu gagal membolosi gol Indonesia.

Namun, mungkin rezeki negara yang teraniaya agaknya. Bola meluru secara perlahan melepasi garisan gol lantas membuatkan jutaan rakyat Malaysia melonjak kegirangan menyambut kemenangan tersebut.

Tahniah Harimau Muda. Terima Kasih.