Rabu, April 11, 2012

GEMPA BUMI 2012....AMARAN ALLAH....

Hari ini, aku merasakan gegaran gempa bumi buat kali kedua dalam hidup aku.....
Gegaran pertama aku rasakan...namun aku meyangka yang aku pening lalu aku biarkan...
Tatkala terpandang di FB yang mengatakan gempa bumi berlaku di Indonesia, baru aku sedar....

6.48 pm.....

Aku rasa gegaran ke-2.....Ya Allah kau berikan amaran ke-2 buat umat mu utk berwaspada.....
Aku baca di FB....amaran Tsunami dikeluarkan dan sudah berlaku Tsunami kecil katanya di Indonesia....
Selamatkan lah mereka Ya Tuhan ku.....


KUALA LUMPUR 11 April – Beberapa negeri di pantai barat Semenanjung Malaysia merasai gegaran ekoran gempa bumi kuat berukuran 8.7 pada skala Richter di Acheh, Sumatera Utara Indonesia hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran kepada orang ramai menjauhi kawasan pantai di Kedah, Perlis, Langkawi, Pulau Pinang dan Perak yang berpotensi berlakunya tsunami.
PETALING JAYA: Gegaran kedua dirasai pada pukul 6.48 petang di beberapa negeri di Pantai Barat, Semenanjung Malaysia susulan gempa bumi 8.7 magnitud di Bandar Aceh.

Turut dirasai, gegaran kedua untuk tempoh seminit di bangunan Menara Star, Seksyen 16, Petaling Jaya.

Agensi Geofizikal Indonesia berkata, tsunami berpotensi melanda lima wilayah di Indonesia iaitu Aceh, Sumatera Utara, Sumatera Barat, Bengkulu dan Lampung.
kelajuan ombak selepas gempa bumi yang akan melanda bandar aceh sebentar lagi adalah 756 km/j...
Amaran Tsunami untuk lautan Hindi. Lokasi pertama tsunami akan
tiba: Banda Aceh (beberapa minit lagi)
Lokasi lain seperti di Myanmar, India, Thailand, Sri Lanka juga akan dilanggar dalam beberapa jam lagi. - CNN
p/s-Di Malaysia mungkin akan berlaku di Georgetown n Port Dickson...jgn pergi kawasan pantai.
Ombak tsunami dijangka tiba di Georgetown pada 9:11 PM dan Port Dickson pada 2:10 AM.
SEKIRANYA TSUNAMI BERLAKU : Jauhkan diri dari pantai.
Larangan menjauhi Laut dan pantai dalam masa 48 Jam di Seluruh Malaysia terutama Utara Malaysia! 
Moga kita berjaga2 tentang AMARAN ALLAH ini :

“Tidaklah bumi bergoncang kecuali kerana ada maksiat-maksiat yg dilakukan di atasnya. Bumi gemetar kerana takut Allah melihatnya”
(Kaab bin Malik RA)

Ya Allah, selamatkanlah kami dari bencana Tsunami.. Amin..

"Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya, Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya, Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); "Apa yang sudah terjadi kepada bumi?"

Az-Zalzalah: 1-3