Sabtu, November 19, 2011

BERJUANGLAH.....

AYUH HARIMAU MUDA JGN GENTAR HADAPI MUSUH MU...BERJUANGLAH....
jangan takut dengan provokasi berterusan pihak Indonesia? Bukankah anak-anak Malaysia telah dididik untuk menjadi berani dalam mempertahankan negara? Mempunyai semangat juang yg tinggi dan tidak mudah tunduk dengan tekanan musuh dan sanggup berkorban nyawa demi mempertahankan tanah air tercinta? Ayuh wira Malaysia! Buktikan 'Malaysia Boleh'


STRIVE TO WIN

Oh Malaysia , Kita bersaudara !

Oh Malaysia , Satukan jiwamu !

Selamanya Harimau Malaya ! 

Selagi kita bernyawa , Oh Malaysia !

Kau Kebanggaanku !

Satukan Jiwa~ demi Malaysia~ 
Tanah air Kebanggaan yang aku cinta~
Keghairahanku seadanya~ di abadi untuk Harimau Malaya~

Bangkit Harimauku~ Hancurkan lawanmu~
Usah Ragu kau raja bertakhta dihatiku~
Marak Menyalalah api semangatmu~
Yang mengalir dalam pembuluh darahku~

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI....
FINAL BOLA SEPAK SUKAN SEA 2011
INDONESIA VS MALAYSIA
21HB NOV 2011 JAM 8 MALAM
LIVE ASTRO ARENA,RTM1 DAN TV3

Pertemuan MUSUH TRADISI!!!
HARIMAU MALAYA vs garuda
AYUH HARIMAU MALAYA!!!
TUMBANGKAN garuda!!!!



MYANMAR TEWAS DI TANGAN HARIMAU MUDA....

Hr ni Harimau Muda mengaum lagi menumpaskan Myanmar dalam separuh akhir Bola sepak di Stadium Gelora Bung Karno diSukan Sea 2011. Sepak mula yg bermula pada pukul 5 petang dan berakhir pada pukul hampir 7.oo malam yg berakhir dengan kegembiraan apabila Fakri Syahrani menjaringkan goal pada minit ke 85 dalam saat2 yg genting.....



HERO baru bagi skuad Harimau Muda Malaysia, Ahmad Fakri Sarani telah mengharumkan nama Negara setelah gol tunggal beliau di minit ke 85 perlawanan menentang Myanmar tadi di Stadium Gelora Bung Karno telah membawa Malaysia ke pentas perlawanan Akhir Acara Sukan SEA Indonesia 2011.

Jika sebelum ini beliau dicemuh oleh segelintir penyokong fanatik Harimau Malaya ekoran prestasi hambar sepanjang perlawanan di Sukan SEA ini, tetapi petang tadi beliau telah membuktikan bahawa beliau masih berbisa dengan menjaringkan gol kemenangan Malaysia pada minit - minit akhir perlawanan.

Pada Sukan SEA Laos 2009, Fakri juga telah menjadi wira apabila menjaringkan gol kemenangan untuk skuad Malaysia ketika Malaysia menumpaskan Thailand 2 - 1 di perlawanan terakhir peringkat kumpulan dan seterusnya menyaksikan Malaysia mara ke peringkat separuh akhir.

Kali ini dalam Sukan SEA Indonesia 2011, Malaysia sekali lagi mara ke perlawanan akhir setelah menewaskan pasukan Myanmar 1 - 0 pada perlawanan separuh akhir sebentar tadi dan akan menentang Indonesia pada 21 November ini setelah Indonesia menewaskan Vietnam dengan jaringan 2 - 0 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir..

Malaysia kini berada di landasan yang tepat untuk mempertahankan pingat emas yang dimenangi 2 tahun lalu di Sukan SEA Laos 2009 dan peluang ini seharusnya dimanfaat sepenuhnya oleh anak - anak buah Ong Kim Swee untuk merangkul "Raja" segala pingat di sukan SEA iaitu PINGAT EMAS ACARA BOLASEPAK.

Ayuh Harimau Muda, buktikan bahawa Malaysia adalah RAJA BOLASEPAK di Asia Tenggara...!!! You'll Never Walk Alone...!!! Selamanya Harimau Malaya...!!!

Hero sebenar adalah Abg. yg berbaju Oren yg turub naik tangga utk mengutuskan arahan yg diberi oleh coach Ong Kim Swee kepada penolong jurulatih.pegawai Malaysia dibhgn bwh. oach kelihatan tenang & tidak gusar biar pun terpaksa menyaksikan game ditempat duduk penonton. Dia menjalankan tugas dgn baik & sempurna sekalipun di ejek penyokong Indon...tahniah & syabas buat semua yg terlibat, coach OKS n players.