Isnin, Oktober 08, 2012

HAJI 2012

Aslkm.....,
Diam x diam dah 15 hari ibu abah pegi menunaikan Haji.....
Alhamdulillah setelah bertahun menunggu sejak 1998.....
Akhirnya impian ibu abah ditunaikan Allah.....
bermula di Madinah dan kini ibu abah sudah pun berada di Mekah sejak 5 hari yang lalu...
Alhamdulillah selamat semuanya...mudah2an....
Dengar dari phone, suara ibu abah menunjukkan yg mereka mungkin kurang sihat dek kerana keadaan cuaca di sana....
Bak kata ibu...
Semua itu dugaan dari Allah untuk menguji kesabaran mereka...
Insyaallah berkat semuanya...
Ibu abah akan memperoleh haji yg mabrur....Amin....
Suatu hari nanti aku pasti akan ke sana pabila Allah menjemput ku kelak.....
Mudah2an....amin.....



Selasa, September 04, 2012

FEEL LIKE A MODEL



Sesi make over by Cosway...
Aku disuruh bergaya macam2 sampai naik letih but at the end satu gambar je yg ok....


Jumaat, Ogos 17, 2012


Udara dingin hening pagi
Tabuh bising mulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri


Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba shaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia


Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan


Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan


Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah


Saidina Affan menyusun kata
Tutur peri yang aulia
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia


Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin


Ahad, Ogos 05, 2012

AKHIRNYA HARI ITU TIBA JUA...

Semalam, tanggal 03.08.2012(Jumaat) hari akhir aku mengajar di SKUYL. Aku ingatkan nak pergi dalam senyap je tapi sebaliknya berlaku. Aku diminta memberikan ucapan selamat tinggal buat semua murid-murid diSKUYL. Mula2 tu okey tapi lama2 bila tengok wajah2 anak2 didik ku....hati mula sebak dan x dapat lagi aku tahan air mata ni lalu jatuh juga. Macam malu pun ada bila berucap sambil nangis tp itu hakikat luahan hati aku yang berat untuk meninggalkan mereka namun dan memang ditakdirkan begitu, setiap pertemuan pasti akan berakhir dengan perpisahan. Pihak sekolah memberikan aku cendera mata tanda terima kasih berupa sepasang kain, jam besar dan pin baju. Ada juga murid aku yg bagi hadiah utk aku. Aku rasa dihargai.Aku renung setiap wajah2 anak2 didik ku agar aku tidak terlalu merindui mereka nanti. Bila aku masuk kekelas, keadaan bukan seperti biasa, wajah mendung disetiap anak2 didik ku. Aku tahu mereka sedih tapi aku macam biasa.....aku tinggalkan pesanan dan nasihat buat mereka. Diakhir kelas, aku memberikan mereka duit raya. Semoga kenangan ini akan kekal dalam memori diari hidupku.... Sekolah paling mencabar buat aku but at the end....aku rindukan mereka, buat anak2 didik ku, kakak2 dan abang2...terima kasih atas segalanya....Miss u all....


















Ahad, Julai 29, 2012

RAMADHAN...



Diam tak diam sudah hampir 9 hari berlalunya Ramadhan...
Tak terlambat rasanya nak ucap Ahlan Hiya Ramadhan buat semua umat islam.....
Tahun ni puasa agak panas sedikit berbanding tahun lepas yang hujan bolah dikatakan sepanjang puasa...
Tapi untuk tahun ini anggaplah sabagai satu cabaran untuk kita menjalani ibadat puasa.....
Salam Ramadhan untuk semua...

Sabtu, Julai 07, 2012

SESUATU BERHARGA...

Bertemu kembali...
Lama rasanya tak menulis diblog ni...
x berkesempatan atau rasa malas...agaknya....
Dah lama tanam anggur n alhamdulillah doaku termakbul dengan datangnya tawaran menjadi guru ganti untuk sementara bermula 11.06.2012 hingga 06.08.12. Jadilah daripada x adakan.... Aku menggantikan seorang guru yang bersalin di SK Ulu Yam Lama. First impresion...ok la...not bad...tapi bila aku mula masuk kelas untuk mengajar...masyaallah....terutama tahun satu.... boleh hilang sabar melihat perangai budak2 ni.... Aku mengajar English untuk tahun 1,4 dan 5 serta DSV tahun2.Itu minggu2 yang lalu...sekarang...aku rasa bahagia melihat anak2 ini membesar dengan mempelajari sesuatu setiap hari dihadapan mata aku....aku bersyukur Allah bagi aku peluang untuk merasai sekali lagi nikmatnya menjadi seorang guru walaupun tidak profesional. Aku seronok sangat bila apa yang aku nak terapkan pada anak2 ini semakin menampakkan hasil...apa yang aku mahu ialah pada saat aku meninggalkan mereka, aku telah dapat mencapai salah satu impian aku untuk memperbaiki sedikit kekurangan dan kelemahan mereka. Kelmarin 05.07.12, hati aku tersentuh pabila seorang murid ku ditahun satu datang dan bertanya padaku sampai bila aku akan bersama dengan mereka...terdetik dihatiku, tidak sukakah mereka pada ku....namun sebaliknya berlaku selepas aku memberikan jawapan yang aku tidak lama bersama mereka sehingga akhir bulan ini. sangat memeranjatkan, anak2 ini menangis kerana ku... aku tersangat sayu melihat titisan air mata mereka. Haikal, seorang kanak2 lelaki yg sangat keras hatinya turut menangis. Mereka mempersoalkan kenapa harus aku pergi. Ya Allah, kau kuatkan hatiku untuk melangkah pergi meninggalkan mereka nanti agar aku juga tidak turut bersedih. Aku nekad untuk pergi dengan senyap nanti agar mereka tidak menyedari pemergianku. Biar aku simpan kenangan yang sedikat namun terlalu berharga. Kini baru aku benar2 mengerti lirik lagu TERLALU ISTIMEWA dendangan Adibah Noor.

Sabtu, Mei 12, 2012

KENAPA NI???????

Malang bertimpa-timpa buat Skuad kendalian Irfan Bakti pabila melalui 2 kekalahan berturut2. Pada Selasa lepas red Giants kalah dengan Negeri 9 (3-1). Hari ni kalah lagi dengan Perak (2-0). Selangor kelihatan agak longlai. Apa sebabnya??? dan Apa penyebabnya???? Tolong jangan kalah lagi wahai Selangor ku kalau mahu menggenggam piala buat kali ke-33!

Selasa, Mei 01, 2012

HARIMAU MALAYA vs SRI LANKA

Kunjungan Sri Lanka ke Malaysia untuk perlawanan persahabatan
antara Harimau Malaya vs Sri Lanka berakhir dengan kekalahan
besar 6 berbalas 0. Hari ini Sri Lanka menentang Selangor pula dan masih
mengalami kekalahan 2 berbalas 0....Malang bertimpa buat Sri Lanka...

CUBAAN @ DUGAAN

makin susah aku nak cari keje...
Dah macam2 aku mintak tp sekitar sini je....
Orang kata x de rezeki lagi...
Aku kate...SAMPAI BILA???
Umur makin meningkat tp diri masih x mampu nak sara...
Alahai nasib aku.....
Kadang2 sampai tahap nak putus asa...
Tp iman masih teguh dengan ingatan pd Illahi....
Dugaan aku pasti akan tempuhi...
Moga ada sinar dihujung jalan buat aku...Amin...

Rabu, April 11, 2012

GEMPA BUMI 2012....AMARAN ALLAH....

Hari ini, aku merasakan gegaran gempa bumi buat kali kedua dalam hidup aku.....
Gegaran pertama aku rasakan...namun aku meyangka yang aku pening lalu aku biarkan...
Tatkala terpandang di FB yang mengatakan gempa bumi berlaku di Indonesia, baru aku sedar....

6.48 pm.....

Aku rasa gegaran ke-2.....Ya Allah kau berikan amaran ke-2 buat umat mu utk berwaspada.....
Aku baca di FB....amaran Tsunami dikeluarkan dan sudah berlaku Tsunami kecil katanya di Indonesia....
Selamatkan lah mereka Ya Tuhan ku.....


KUALA LUMPUR 11 April – Beberapa negeri di pantai barat Semenanjung Malaysia merasai gegaran ekoran gempa bumi kuat berukuran 8.7 pada skala Richter di Acheh, Sumatera Utara Indonesia hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran kepada orang ramai menjauhi kawasan pantai di Kedah, Perlis, Langkawi, Pulau Pinang dan Perak yang berpotensi berlakunya tsunami.
PETALING JAYA: Gegaran kedua dirasai pada pukul 6.48 petang di beberapa negeri di Pantai Barat, Semenanjung Malaysia susulan gempa bumi 8.7 magnitud di Bandar Aceh.

Turut dirasai, gegaran kedua untuk tempoh seminit di bangunan Menara Star, Seksyen 16, Petaling Jaya.

Agensi Geofizikal Indonesia berkata, tsunami berpotensi melanda lima wilayah di Indonesia iaitu Aceh, Sumatera Utara, Sumatera Barat, Bengkulu dan Lampung.
kelajuan ombak selepas gempa bumi yang akan melanda bandar aceh sebentar lagi adalah 756 km/j...
Amaran Tsunami untuk lautan Hindi. Lokasi pertama tsunami akan
tiba: Banda Aceh (beberapa minit lagi)
Lokasi lain seperti di Myanmar, India, Thailand, Sri Lanka juga akan dilanggar dalam beberapa jam lagi. - CNN
p/s-Di Malaysia mungkin akan berlaku di Georgetown n Port Dickson...jgn pergi kawasan pantai.
Ombak tsunami dijangka tiba di Georgetown pada 9:11 PM dan Port Dickson pada 2:10 AM.
SEKIRANYA TSUNAMI BERLAKU : Jauhkan diri dari pantai.
Larangan menjauhi Laut dan pantai dalam masa 48 Jam di Seluruh Malaysia terutama Utara Malaysia! 
Moga kita berjaga2 tentang AMARAN ALLAH ini :

“Tidaklah bumi bergoncang kecuali kerana ada maksiat-maksiat yg dilakukan di atasnya. Bumi gemetar kerana takut Allah melihatnya”
(Kaab bin Malik RA)

Ya Allah, selamatkanlah kami dari bencana Tsunami.. Amin..

"Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya, Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya, Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); "Apa yang sudah terjadi kepada bumi?"

Az-Zalzalah: 1-3

Ahad, April 08, 2012

SELANGOR BERPESTA GOL

Selangor berpesta gol meumpaskan Terengganu 6-1.
Gol pendahuluan dari pihak lawan pada minit ke 8 oleh Ismail Faruqi
dan kemudiannya skuad kendalian Hj. Irfan Bakti membalas dengan gol pertama oleh Pemain import Selangor, Bosko Balaban, gol ke-2 disumbangkan oleh Solihin dengan rembatan yang kencang. Diikuti
dengan gol ke-3 Selangor oeh Amri Yahya. Gol ke-4 disumbangkan oleh Safiq Rahim sebelum separuh masa pertama tamat. Tidak cukup dengan itu, Red Giants sekali lagi menyumbat gol juga dari kapten Selangor, Amri Yahya. Gol terakhir selangor terhasil dari pemain gantian yang baru dimasukkan menukarkan Safiq Rahim iaitu Famirul Asraf. Skuad Gergasi Merah ini bangkit semula dengan cemerlang setelah agak merundum. Semoga ia akan berkekalan. VIVA SELANGOR....


Selangor membelasah Terengganu 6-1


Yezzzzzzaaaaa.....


Ranking Selangor naik ke tangga yg ke-4


Famirul menyumbat gol akhir


Ramez Dyoub

Ahad, Mac 25, 2012

PLEASE UNDERSTAND!

The hardest thing in this world is being responsible to someone else that were never know that we care about them. They never feel like the way we are. What they know is follow their heart n forget others. One heart sacrifice they self, their needs, their happiness, their fun leaving just because of you. What they are thinking? Please 'Muhasabah' your self. Think what have they done for you, for your safety. Don't bother someone else said because they were out of their mind, they were not been loved and protected same goes like you. Think before you speak! You will hurt others feeling. Please understand!

Khamis, Mac 15, 2012