Sabtu, Julai 07, 2012

SESUATU BERHARGA...

Bertemu kembali...
Lama rasanya tak menulis diblog ni...
x berkesempatan atau rasa malas...agaknya....
Dah lama tanam anggur n alhamdulillah doaku termakbul dengan datangnya tawaran menjadi guru ganti untuk sementara bermula 11.06.2012 hingga 06.08.12. Jadilah daripada x adakan.... Aku menggantikan seorang guru yang bersalin di SK Ulu Yam Lama. First impresion...ok la...not bad...tapi bila aku mula masuk kelas untuk mengajar...masyaallah....terutama tahun satu.... boleh hilang sabar melihat perangai budak2 ni.... Aku mengajar English untuk tahun 1,4 dan 5 serta DSV tahun2.Itu minggu2 yang lalu...sekarang...aku rasa bahagia melihat anak2 ini membesar dengan mempelajari sesuatu setiap hari dihadapan mata aku....aku bersyukur Allah bagi aku peluang untuk merasai sekali lagi nikmatnya menjadi seorang guru walaupun tidak profesional. Aku seronok sangat bila apa yang aku nak terapkan pada anak2 ini semakin menampakkan hasil...apa yang aku mahu ialah pada saat aku meninggalkan mereka, aku telah dapat mencapai salah satu impian aku untuk memperbaiki sedikit kekurangan dan kelemahan mereka. Kelmarin 05.07.12, hati aku tersentuh pabila seorang murid ku ditahun satu datang dan bertanya padaku sampai bila aku akan bersama dengan mereka...terdetik dihatiku, tidak sukakah mereka pada ku....namun sebaliknya berlaku selepas aku memberikan jawapan yang aku tidak lama bersama mereka sehingga akhir bulan ini. sangat memeranjatkan, anak2 ini menangis kerana ku... aku tersangat sayu melihat titisan air mata mereka. Haikal, seorang kanak2 lelaki yg sangat keras hatinya turut menangis. Mereka mempersoalkan kenapa harus aku pergi. Ya Allah, kau kuatkan hatiku untuk melangkah pergi meninggalkan mereka nanti agar aku juga tidak turut bersedih. Aku nekad untuk pergi dengan senyap nanti agar mereka tidak menyedari pemergianku. Biar aku simpan kenangan yang sedikat namun terlalu berharga. Kini baru aku benar2 mengerti lirik lagu TERLALU ISTIMEWA dendangan Adibah Noor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan